:-)

This is just a little diary of mine :) Welcome.

Daisypath Graduation tickers

Monday, 22 December 2008

woww i'm surprised by me!

Rasa mcm tak percaya someday aku akan menari :)
I received my first dancing lesson today from Kak Ida Pratt.
It's for an upcoming performance during Global Village at Glasgow Uni..
so me and 6 others will represent Malaysia's 'joget' to other Glasgow's international students.

It was easy for the first few 'bunga', but then after another 'bunga' and then another 'bunga' and another, I got mixed up and confused..then mula rasa pening dan penat..but I didn't give up.
Tak kisah la if my steps were wrong or terrible, at least I tried.

This Christmas, we're planning for a ski trip...I'm not excited; I hate snowy mountains, coz I've been to these kind of places before and I know how miserable it's going to be..I can't stand the cold on my hands and face, and it makes me hard to breathe. Other people might like snowy mountains, but not me. kalau takde snow takpe.

Saturday, 20 December 2008

my parents

When I look at my parents
they seem so happy together
even when they've been married for years
they still teased
they laughed
they cuddled
and they share everything..
I am so happy for them

Sunday, 9 November 2008

at last...!

Finally, after more than 3 yrs attending holyrood, competing with other art students eg sinead morris, natalia mazur, n other good holyrood artists, I'm selected to receive an award for art..lol...plus, for chemistry..hahaha that one was unexpected, coz I thought marry or marylene would receive tht award..there must be a mistake somewhere..hurm??

I read Imran's blog on friendster, he wrote about islam, politics and girls....but above all, i'm so jealous wth his english, and he seems very brainy and smart, n tht's becoz he reads plenty of books..(well now he's inspired me to read more books haha) mcm budak2.

erm..last thing is..
live life, forget the past, move on, work hard, be happy, find love, if u've found one, stick to the one, n enjoy~~~~ :)

Thursday, 21 August 2008

What a relief...=)

I woke up quite early this morning, had shower, and breakfast. 'Today, I'm going to settle all things', that was my 'aim' this morning.
I checked my email while waiting for ibu, there were a lot of emails from myspace. About 9.30am, we set off. It was cold outside, but I decided not to wear any socks, coz this is 'penghujung' summer, so I'm going to take this opportunity to wear like it's summer altho it's quite cold.

We bumped into ayah at Langside Rd, he was on his way home from work. We then continue walking to Victoria Rd. I saw there were some police at the other side, the road was blocked, maybe there was an accident. I dont care anyway.
We went to that shop where I was going to get a bus-pass-card, but they didnt have the £65 ones. The person said, we had to go to the whatever-transport-company is, so then I said 'okay'. We waited for bus 44 at the bus stop, and less than ten minutes later, I was already on the bus with ibu, heading for Glasgow University.

As we arrived at Glasgow Uni, I asked ibu about her officemate, Takeshi, whether she thinks he'd arrived or not, and she said he's always early. And oh..I could feel my cheeks turning red ^_^ I thought I wanna go straight to the library, but ibu thought it'd be better if I use the class room at her department, coz there would be no one in there. And I said 'okay'.

I studied english IELTS in that class room for approx 1hr and a half, and I wasn't happy with my reading result. Then ibu came from the lab, where she did some experiment, and we went to the library, to renew my IELTS books. After that, we went to that bus-transport-company thing to make my bus-pass-card.

Then we had to walk longgg way down the road to go to the bus stop, we waited for bus 42A, n then we went to Anniesland College. We had lunch first, coz we were starving. We had my favourite vegetarian dish from the canteen, pasta cheese with sliced potatoes. It tastes so good I tell you. We finished eating half and hour after that, and then I went upstairs to see Anne Hamilton to ask her if I could change my course from NC to NQ advanced, and it was easy, alhamdulillah..I returned the enrolement form and she gave me my new timetable. I looked at my new timetable..and oh my I have classes on Mondays..*sighh

We went to Salvation Army, a charity shop. We purchased so many clothing items. We spent about £25 on clothes and trousers. Then we went home. Tired and Sleepy. But I'm happy, coz I've changed my course, and renew the IELTS books...What a relief..=)
ZZZz....

Friday, 11 July 2008

your foot and your organs


Justt check this out......
The Organs of your body have their sensory touches at the bottom of your foot, if you massage these points you will find relief from aches and pains as you can see the organs are on right and left foot, the heart is on the left foot.

Mengenai Wanita dan Kubur

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.


Copied from Romendut - Multiply

Makna Bacaan Talkin

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah
WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr ..

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Copied from Romendut - Multiply

Monday, 7 July 2008

my thoughts, my mood

Today, I started to use my new painting brushes that i bought a few days ago. ahaha terasa mcm best la pulak, quality lebih baik dari berus2 aku yg sebelum ni. kejap lagi mungkin aku sambung kaler2 semula.
Harini aku bawak 'anak' aku pegi playground kat govanhill park sbb dia meragam pagi tadi, mungkin dia bosan sbb takde kawan. aku ajak abg teman sbb tak berani pergi sendiri..pastu ternampak james bersama anjingnye, rocky kat situ. ada la dlm 1 jam Nini main, lepastu we set off. balik tu aku sambung buat lukisan niece mr coyle, susahnya lukis mata cek mek ni..!
lepastu ibu call, she asked me to cook something sblum ayah pegi kerja, aku mntak tolong raihan pegi beli chicken, n then aku masak ayam kurma, dgn sayur daun & carrot. dah masak lauk, tp nasi lupa pulak nak masak! adoyaii (epin's fav word)..ayah makan nasi goreng semalam je..hikhik apa la aku ni.

last night I read much about our hot politicians, anwar, najib, dan kes altantuya tu. and then sebelum aku tido, aku fikir..kenapa org2 yg jahat disanjung2, diberi kuasa, dipandang mulia, tapi org yg baik2 difitnah, dan dizalimi..? kenapa? kenapa? apekehe?

Friday, 27 June 2008

tgh sakit tengkuk, sakit otak, sakit mata.

harini aku dpt commission baru dari seseorang, dia nk family portrait.
aku risau jugak sbb tak penah buat family portrait sebelum ni..
size besar mana pun aku belum dpt nak agak..aduhh..
ni dah dekat sebulan cuti, tak jalan mana2 pun lagi. ingat esok nak pegi kelvingrove art gallery, tengok lukisan2 kat sana...kena pegi sorang2, takleh ramai2...kalau ramai2 mesti asyik nak kena cepat je..tak dpt study betul2.
semalam aku pegi tahlil rumah pakcik salim..ayah dia meninggal. balik tu, ada student dari german dtg rumah..aku terus masuk bilik, solat, etc.
aku taktau nape, tapi hubungan aku dgn sbahagian org mcm asyik tak kena je kebelakangan ni. mcm aku cepat bosan, rimas, geram, fed up...diorang mesti kata aku sombong. ish..biar la.
i guess kepala dgn hati aku tgh tak stabil kot...asyik ingat benda lama je..ishh entah!
ok aku nak solat.

Sunday, 22 June 2008

God knows how many blogs I have now

Hello people, and Salam if you're a muslim,

I think this is my 3rd blog after Multiply, and Myspace hah. I don't know why I need this much to write my journal, well probably I choose this one because this website is specific only for blogs..(as far as I know)

So this is summer 2008. Aku rasa summer tahun ni is much better than last year la...coz there were like quite a few sunny days compared to last year (which was NONE). Alhamdulillah la...at least ada jugak panas, boleh jalan2..tgkap2 gambar heh.

Erm..sejak kebelakangan ni, aku rasa mcm bnyak benda berlaku la.
1st: aku dpt tau yg folio artworks aku terpilih as one of the top in Scotland (Wow! sangat tak sangka), and diorg akan pamerkan 4 lukisan aku kat National Art Gallery in Edinburgh (dan akan diframe) awal tahun 2009. Ni dah membuatkan aku nmpak future aku kat mana, dah tak confuse2 lagi antara sains dgn art..so I guess aku mmg dilahirkan utk jadi org seni. harap2 dapat la scholar heee~~
2nd: aku dapat banyak tempahan portrait from teachers, melayu2 glasgow, edinburgh, etc. aku dah mula risau, mcm 'boleh ke buat banyak2 ni??'. skrg ni tgh buat portrait yg cikgu aku tempah..ni pun dah naik bosan sbb dh lama sgt tgk lukisan tu, rase mcm dah basi, takde selera.
3rd: Aku baru make friends dgn sorang budak pompuan sebaya aku ni dari internet, aku rasa excited la sbb aku mana ada kawan sebaya sgt, semua budak2 tua..tu pun ramai lelaki..aku ingat nak kawan baik dgn dia, so I told her what my thoughts and feelings are, kitorang share bnyak citer yg 'girls stuff' (mula2 aku rasa kekok la sbb aku mana ckp sgt psl benda2 cmni kat org, tp lama2 aku rasa senang). But I made a mistake, she did something yg aku taknak benda tu berlaku. Aku rasa marah, tp bila fikir2 balik...aku rasa aku yg salah sbb cerita mcm2 kat org, aku je yg emotional sgt..lepastu aku fikir 'jgn cerita semua benda kat org, jgn terlalu percayakan org, lebih baik berahsia, and cherish your friends, diorg lebih penting dari kekasih kot (memandai je aku ni, mcm la aku ada kekasih).
4th: Semalam aku pegi tgk concert Bon Jovi dgn kak hana ngn abg kat Hampden yg sangatttt2 best, dan sangaatttttt2 seronok!! rasa mcm tak percaya itu bon jovi, dia hensemmm sgt walaupun dia dah tua dan agak rendah mcm ayah. dia nyanyi 2 jam setengah non stop, dengan hujannye lagi, dgn sejuk, ramai org rupa pun dh macam semut, arak sana sini..ushh ushh such an experience. kesian kat penyanyi tu, dah la kena nyanyi berjam2, sejuk lg, hujan lg..kesian2. Aku tunggu la dia nyanyi lagu 'you want to make a memory' ataupun 'thank you for loving me' (lagu jiwang saje), tp dia tak nyanyi pun..geram jugak la. concert habis pukul 11, jalan kaki balik rumah, org ramai, sesak, hujan, sejuk..dekat kul 12 baru sampai. Tapi seeing him singing live is like a dream come true, akan ku ingat ini sampai mati. masa tido malam td pun termimpi aku masih kat concert tu lagi haha.
5th: Today, me and my family went to see our old friend, Uncle Kevin and his parents near Edinburgh. I missed their cat and dog more than I missed the family haha (patut tak?). But unfortunately I just met the dog, not the cat. waa main dgn anjing je la, manja giler. And then we went to the backyard, garden diorg sangat cantik! banyak roses, ada greenhouse, pokok apple, and a lot of other flowers yg aku tak kenal nama. bestnya ada garden mcm tu! and the view was amazing! boleh nampak highland, ladang hijau yg luas, kambing biri2, kuda, it was great, really!
balik rumah glasgow, samak tangan dgn tanah sbb dh main dgn anjing td..tukar pakaian, solat, ngaji, and this blog.

So this is just half of the summer, people say summer is special..and I think it is special.