:-)

This is just a little diary of mine :) Welcome.

Daisypath Graduation tickers

Thursday, 28 February 2013

bagaikan magic

Alamak dah 1 March ke?? Oh tidakkk saya tidak mahu kembali ke sekolah please, saya mahu tinggal di rumah dan tidur dan makan dan tgk tv sambil goyang kaki. Saya tidak bersedia untuk pergi ke sekolah, saya tidak siapkan kerja sekolah saya, saya tidak servis lagi kereta saya, saya tidak mempunyai wang untuk belanja diri sendiri makan hari-hari. sobs :'(
Oklah2, aku mengaku itu semua nya alasan taknak balik Shah Alam, tapi yang sebenarnya ialah AKU BELUM BERSEDIA NAK MENDUDUKI SEMESTER AKHIR!! Aku rasa macam baru haritu aku kalut-kalut pergi interview untuk masuk semester 1 dan entah bagaimana bagaikan halilintar aku dah di final semester. Oh crap! Itu saja yang mampu ku katakan.
Jadi apakah yang telah saya pelajari sepanjang berada di universiti? Jawapannya aku pun tidak tahu. Yang aku tahu setiap kali lepas habis kelas aku akan berebut-rebut pergi mangan di cafe dan kemudian aku akan pecut balik rumah langsung mencapai bantal busuk dan bobok. Sudah terang lagi nyata aku ini seorang pelajar yang terbilang. Oleh kerana kelekaan ini, maka aku pun jadi kerisauan apabila menyedari yang aku bakal menduduki semester akhir. Masa berlalu bagaikan magic!

Aku banyak merepek je kat post kali ni sebab aku nak update blog dari haritu lagi tapi tak sempat2, al-maklumlah saya ini career woman setiap kali cuti semester. Macam-macam kerja yang aku buat, termasuklah research assisstant ibu ku di universiti (sebab aku kena tolong dia kira2 dan masukkan markah2 student dalam computer), sales assistant kedai tudung kat U Mall tempat yang aku pernah kerja dulu, boss lama aku panggil kerja (rindu kite letteww), dan PA ibu ku lagi di rumah (sebab tolong  kerja-kerja di rumah sebab abang kite nikah haritu hihihi). Banyak kann kerja sayaaa mengalahkan pak menteri.

By the way, classes will start on the 3rd March, which will be this Monday and before the class even started the lecturer has already informed us our 1st project assessment date. Thank you Puan Elliza -_- and I've only done like 1/5 of the works given. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku.. Ameen..

Oklah kite ngantuk. good night :)