:-)

This is just a little diary of mine :) Welcome.

Daisypath Graduation tickers

Monday, 10 June 2013

almost there

I have only like 3 weeks left until I finish my degree. I just can't wait to finish everything. I am tired. But I know someday I am going to miss my student life. Let's pray that I will pass with flying colours.


menu saat2 akhir sebagai seorang pelajar. cherry tomato tu wajib.

Friday, 8 March 2013

Stupidest thing ever happened to me in driving history.

A couple of days ago, I went out dining with my housemates, Ain and Hazreen at Dataran Shah Alam. It was roughly around 9 p.m. when we arrived at Kedai Kopi (a very recommended restaurant because it is very cozy, away from the busy traffic since it is located next to a lake, they also provide good food ranging from Malay cuisine to Western dishes, and most importantly the prices are affordable especially for students like us heee!)
I then rushed back home because abang was waiting for me to collect his wedding cards, and then me and the two girls went out again to do some food stock shopping at Mydin. Since our refrigerator broke down so our food stock is very limited to dry food.
Well I drove back home around 11 p.m. Baiduri Apartment has a very limited parking space as to one parking box per house otherwise you'll have to park outside the apartment area. Our parking box is occupied by Mas Ayu, my other housemate, so I had no choice but to park outside, whether at the front area near the main entrance or the one at the back (a very dark and quiet area). However, I'm avoiding to park at the  front gate this semester because the city council would fine every car that is parked in that space ( I used to park at the front area last semester and got like nearly 10 fine tickets and never paid any hahah!! So now I'm avoiding to get any more fine tickets because I'm afraid the city council will send their warning letter to my hometown hahah!)
So that night, I tried to find the nearest parking space to the back gate (sebab takut nak jalan jauh2 gelap2 keliling semak2) so luckily I found the nearesttttt parking space to the gate - where old sofas and old furnitures being dumped. Yippeee! So I adjust my car bagi parking cantek sambil main lenyek2 je dumped cushions kt situ because I didn't want to block the way for other cars. Hazreen said to me 'Adi lenyek je cushion2 tu?' I said 'Ha ah tak apa lah cushion aje tak bocor pun tayar' Then I saw Hazreen struggled to get out from the passenger seat because there were big cushions on the ground and she struggled to close the door. But I was like 'ah biar lah parking kt atas cushion pun janji dekat dgn gate' hahah!
OK so the next day, I grabbed my keys and walked to my car, alone. I was in a rush because I had a class at 3 p.m. and only went out at 2.30 p.m. but first needed to go to Seksyen 2 to print out my design works. I started my car engine and puffff!! Terus pecut. It was so hot and sunny so I put my shades on (ceyy konon nampak bergaya la pakai rayban gi kelas hahah!) And then keluar je kat jalan besar suddenly I heard some noise kat luar kereta, but I was like 'ahh biar je lah orang dah lambat nih, takde apa2 kot' pastu tetiba alamak! Traffic light merah pulak. Okla berhanti. Confident je awek pakai rayban bukak cermin tingkap ni dengar lagu la apa la. Pastu tiba2 ada abang naik motor berhenti kat sebelah passenger, I was like 'eh nape orang ni tengok2 kereta aku ni, alamak ada apa2 ke ni' Pastu tetiba dia pandang aku pastu jari telunjuk dia point out kat bawah pintu passenger, aku tanya dia 'nape??' sambil buat muka terpinga2, lepastu dia tunjuk2 lagi sambil wat mulut muncung2. At that time I thought 'Ah sudah apa la pulak kali ni...' lepas traffic light hijau aku jalan and stopped at the nearest bus stop. Waktu tu kat bus stop tu ada student2 perempuan tengah tunggu bus, aku berhenti jauh sikit dari diorang sebab aku tau kalau ada apa2 yang memalukan takda la aku dekat sangat dengan diorg hahaah! So aku keluar dari kereta and check pintu passenger yang belah kiri.. OMG terkejut beruk aku tgk ada sofa punya cushion warna coklat yang besar gedabak melekat kat pintu kereta!!! Aku fikir Oh SHIT! camne boleh melekat kat sini! dah la aku bawak laju tadi! Mesti semua orang pandang tgk apa benda la yang aku bawak ni! Dah la bukak tingkap seluas2 nye! Waktu tu aku betul-betul rasa nak sorok muka (nasib baik i pakai rayban nokk takda la nampak sangat muka nye). Aku terasa stupid and malu yang teramat sangat, aku fikir nape la tadi aku tak check dulu kereta, apa la start engine je terus jalan..lepastu aku amik cushion tu and letak ke tepi.. and budak2 kat bus stop tu?? Semua pandang aku! hahah! I couldn't do anything but just to drive macam biasa buat muka toya dan pandang depan je and never look back.

Ok cushion nye macam tempat sandar sofa ni. besar kan! bayangkan dia melekat kat kereta dan aku seret dia kehulu kehilir -_-

Seriously this is the most stupidest thing ever happened to me since the first time I drove. Hopefully lepasni takda la perkara yang lebih memalukan lagi dari yang ini.

Sebelum ni pernah jugak berlaku 1 kes dimana aku tutup pintu kereta tak rapat, lepastu tak perasan main jalan je.. tiba-tiba kat 1 selekoh pintu aku terbukak luas hahahah! OK yang ini bahaya hahaha..Nasib baik waktu tu takda kereta lain, kalau tak mesti maluuuu lagi.

OK end of story..Post ini ditulis atas request Raihan sebab dia nak tahu cerita sepenuhnya. Sekian.

Thursday, 28 February 2013

bagaikan magic

Alamak dah 1 March ke?? Oh tidakkk saya tidak mahu kembali ke sekolah please, saya mahu tinggal di rumah dan tidur dan makan dan tgk tv sambil goyang kaki. Saya tidak bersedia untuk pergi ke sekolah, saya tidak siapkan kerja sekolah saya, saya tidak servis lagi kereta saya, saya tidak mempunyai wang untuk belanja diri sendiri makan hari-hari. sobs :'(
Oklah2, aku mengaku itu semua nya alasan taknak balik Shah Alam, tapi yang sebenarnya ialah AKU BELUM BERSEDIA NAK MENDUDUKI SEMESTER AKHIR!! Aku rasa macam baru haritu aku kalut-kalut pergi interview untuk masuk semester 1 dan entah bagaimana bagaikan halilintar aku dah di final semester. Oh crap! Itu saja yang mampu ku katakan.
Jadi apakah yang telah saya pelajari sepanjang berada di universiti? Jawapannya aku pun tidak tahu. Yang aku tahu setiap kali lepas habis kelas aku akan berebut-rebut pergi mangan di cafe dan kemudian aku akan pecut balik rumah langsung mencapai bantal busuk dan bobok. Sudah terang lagi nyata aku ini seorang pelajar yang terbilang. Oleh kerana kelekaan ini, maka aku pun jadi kerisauan apabila menyedari yang aku bakal menduduki semester akhir. Masa berlalu bagaikan magic!

Aku banyak merepek je kat post kali ni sebab aku nak update blog dari haritu lagi tapi tak sempat2, al-maklumlah saya ini career woman setiap kali cuti semester. Macam-macam kerja yang aku buat, termasuklah research assisstant ibu ku di universiti (sebab aku kena tolong dia kira2 dan masukkan markah2 student dalam computer), sales assistant kedai tudung kat U Mall tempat yang aku pernah kerja dulu, boss lama aku panggil kerja (rindu kite letteww), dan PA ibu ku lagi di rumah (sebab tolong  kerja-kerja di rumah sebab abang kite nikah haritu hihihi). Banyak kann kerja sayaaa mengalahkan pak menteri.

By the way, classes will start on the 3rd March, which will be this Monday and before the class even started the lecturer has already informed us our 1st project assessment date. Thank you Puan Elliza -_- and I've only done like 1/5 of the works given. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku.. Ameen..

Oklah kite ngantuk. good night :)


Saturday, 15 December 2012

KLIA Architecture


Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Malaysia.

I enjoy editing the photos I took more than doing the architecture research itself. This is something I can't deny. Above is a picture of one of the many domes inside the main terminal of KLIA. 


and another dome..


and another dome with a gigantic window.

The architecture of the airport is abstract-symbolic, the abstraction deriving from modern architecture' s idea of abstract (geometric), and the symbolism taken from Islamic tradition. The theme of the airport is "airport in the forest, forest in the airport", because it is surrounded by palm trees, and man made rain-forest is planted inside the Satellite Building garden area.


Tuesday, 11 December 2012

Paris Baguette

Paris Baguette, Seoul.

Semenjak beberapa minggu ni aku asyik rasa nak makan benda-benda yang manis dan tempting seperti baguette di atas.

Sweet tooth...

Saturday, 8 December 2012

Aku punya kereta

Tiba-tiba aku teringat satu kisah yang berlaku kalau tak silap aku awal tahun ni. Aku dan kawan sekelas aku (biarlah aku bagi nama dia A), dalam perjalanan pulang ke rumah dari kelas, tiba-tiba dia cakap kat aku, 'Kina kawan kita nak tumpang kereta, dia nak pergi ****, boleh tak?' Kebetulan waktu tu aku parking dekat hotel UiTM, jadi kalau aku nak balik rumah tu, memang lalu tempat yang dia cakap nak pergi tu. Pastu aku pun cakap 'OK boleh je'. Jadi kawan si A (aku bagi nama dia B) ni jumpa kitorang dan sama2 lah kami jalan ke arah kereta aku. Si B ni tanya aku 'Kina which one is your car?' dia ni memang selalu speaking2 omputih jadi dia communicate dengan semua orang pun bahasa omputih. Aku cakap 'That one' sambil jari telunjuk aku menunjuk ke arah kereta Proton Saga biru yang lama dan tak sehandsome kereta-kereta terkini yang lain. Muka si B ni terkejut. Dia tanya 'Is this your parent's car? It looks old', sambil dia belek-belek kereta aku dari luar. 'Yes, my mum bought this car from my uncle' aku jawab sambil bukak pintu kereta tanpa mempedulikan comment dia pasal kereta aku yang dah tua ni. 'Masuklah'. Waktu tu panas yang amat terik, jadi aku suruh diorang bukak tingkap kasi haba keluar sambil aku on engine dan aircond (waktu tu aircond kereta aku tak rosak lagi haha). B tanya aku lagi 'Do you go to class with this car everyday?' sambil dia tengok-tengok interior kereta. Aku jawab 'Yeah' sambil tekan clutch, masuk gear dan tekan minyak. Tiba-tiba si B yang duduk kat seat belakang ni bersuara lagi 'Eh Kina, the engine sounds terrible, are you sure this car is safe?' 'Amboi engkau.. kawan aku yang A yang hari-hari naik kereta aku ni  pun tak pernah comment apa-apa pasal kereta ni, tapi engkau yang aku tak berapa kenal dan 1st time naik kereta ni dah comment macam-macam pulak ye!' gertak ku di dalam hati. Geram. Tapi aku diam dan cuba untuk tidak peduli dengan mulut dia. Engine kereta aku memang bergegar sikit kalau tengah berhenti contohnya macam kat traffic light, agaknya si B ni tak pernah naik kereta lama kot. Kemudian aku hanya jawab 'Yes the engine is a bit rough because this car is old, but it's safe enough '. Aku cuba untuk tidak memandang muka kawan aku yang A ni sebab aku taknak dia rasa serba salah bila kawan dia cakap macam tu. By the way aku lupa nak bagi tahu yang B tu seorang Lelaki. Kalau perempuan aku boleh terima la kalau dia cakap macam tu, tapi ini lelaki.. aduhai *tepuk dahi*.

Itu lah 1st and last aku tumpangkan dia. Sekarang pun aku dah lama tak nampak dan dengar cerita dia.